Aku ada satu cerita nak bagitau.Cerita ni pasal aku pergi Legoland pada hari Khamis lepas.Happy gile aku waktu tu sebab itulah kali pertama aku menjejakkan kaki aku dekat situ.Masa dekat depan Legoland,aku sempat tangkap gambar.Foto dekat atas tu lah buktinya.Masa tunggu cikgu kasi tiket,cikgu ada kasi taklimat sikit.Punyalah semua orang bising sebab mula-mula cikgu kata balik pukol 4:45 petang lepas tu tukar jadi pukol 4:30 petang.Gile sekejap tu.Lepas cikgu bagi tiket masuk dengan tiket makan,aku pun cakaplah,"Cikgu,kasi tambah RM15lah".Bila semua orang dah dapat tiket masuk dengan tiket,kitorang pun serbu masuk.Tapi bukannya main serbu terus.Beratur dulu,baru masuk.
Firstly,kitorang naik 'WAVE RACERS'.Habis basah baju aku.Lepastu,kitorang pergi ke 'LEGO KINGDOM' nak jumpa nagalah katakan.Tapi kitorang tak jadi naik sebab ramai orang.So,kitorang pergi naik sampan dulu.Masa nak pergi cari sampan tu,punyalah jauh berjalan.Rasa macam tengah jalankan misi dalam cerita 'Running Man'.Habis kaki aku cramp.Dah sampai aje kat sana,kitorang simpan barang-barang dulu.Sebelum nak jatuh menjunam tu,aku pandang bawah lepastu cakap "Oh my god".Masa menjunam tu,aku rasa macam tengah terapung.So,aku peganglah pemegang tu kuat-kuat.Dah berhenti menjunam tu aku tetap menjerit.Dah berhenti aje sampan tu aku pun berhenti menjerit.Lepastu,kitorang pergi naik 'BEETLE BOUNCE'.Masa naik tu,aku jerit buakn main kuat.Macam nak kalahkan budak lelaki.Dah habis naik aje,abang yang jaga tempat tu sempat cakap dekat aku "Power suara".Kejam.Lepas naik aje,kitorang pergi makan sekejap.
Lepas makan,kitorang pergi surau solat Zohor.Dah habis solat kitorang pergi tangkap gambar dengan patung Lego sekejap.Dah puas tangkap gambar,kitorang pun pergi naik marry-go-round.Pening kepala aku dibuatnya.Dah abis naik je,kitorang naik 'WAVE RACERS' tu lagi.Best gile masa tu.
Dah pukul 4:30 aje,kitorang berkumpul balik.Masa tunggu bas tu,agak lama jugak.Masa dalam bas tu,sempat aku lambai dekat LEGOLAND.
So,itulah cerita aku pergi LEGOLAND.Aku harap tahun depan kita pergi ke tempat yang lebih best.Anyway,salam VIP dari aku.
Annyeong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan