Assalamualakum,
Hari ini,keluarga aku keluar nak ambil sijil adik aku.Jadi,aku duduk dalam rumah dengan adik-adik aku.Sejak aku pindah ke Johor Bharu ni,banyak benda seronok berlaku.Tapi,aku masih rindukan sekolah lama aku,SK PORT DICKSON.Ini logonya.
Nak tahu satu benda yang unik.Sejak aku lahir lagi aku dah duduk dekat Klang,Selangor.Tapi masa aku darjah satu,aku kena pindah ke Port Dickson.Masa nak tinggalkan flat lama aku tu,aku rasa macam sedih betul sebab sampai sekarang aku masih ingat sebahagian daripada budak-budak kelas 1 UITM.Masa belajar dekat Port Dickson tu,punyalah rasa takut nak kena belajar dekat 1 IXORA.Banyak juga benda yang tidak diingini berlaku tapi aku dah lupa pula.Tak mengapa.
Masa darjah dua pula,aku belajar dekat kelas 2 CARNATION.Lepas setahun duduk dekat Port Dickson,akhirnya aku dah dapat biasakan diri dekat situ.Masa darjah 2 tu,aku masuk kelas petang.Penat jugak sebab dulu ada satu cerita Jepun ni selalu tayang pukul 6:30 petang.Lebih kuranglah.Aku selalu balik pukul 7:00 petang atau kurang daripada itulah.Dulu masa cuti panjang,semua adik-beradik bapak aku datang ke Port Dickson.Sekarang ni,tak pernah ada saudara-mara aku nak tidur sini.Tak kisahlah.Asal aku gembira,sudah.
Masa darjah tiga pula,aku masih dekat kelas yang sama iaitu,3 CARNATION.Masa itulah aku dapat ramai kawan daripada sebelum ini.Dulu aku pernah kena marah dengan cikgu Matematik aku.Sampai kena berdiri dekat luar.Itulah kali pertama aku kena marah dengan sebegitu teruk masa itu.Sampai sekarang aku masih ingat peristiwa yang begitu perit tu.Tapi aku faham,cikgu marah tanda sayang.
Masa darjah empat pula,aku belajar di kelas yang sama lagi iaitu,4 CARNATION.Masa itulah aku dah mula jatuh cinta dengan seorang budak bernama Syafiq.Aku tak mahulah cakap pasal ni.Tapi,masa itu jugalah aku berkenalan dengan budak Australia yang bernama Mya Christian Tillack.Bukannya aku dapat cakap dengan dia selalu pun.Masa hari terakhir sekolah,seharian aku tolong cikgu dekat bilik guru.Janji aku enjoy.
Masa darjah lima pula,aku masih belajar dekat kelas yang sama iaitu,5CARNATION.Masa itu,aku cakap "Ya Allah,kenapa aku belajar di kelas yang sama?"Masa itu,aku ada masuk pertandingan 'KALAM JAMI'I'.SKPD dapat tempat ketiga.Walaupun tak dapat pergi ke peringkat negeri,aku tetap enjoy.Tapi masa hari terakhir sekolah itu,Mya terpaksa pulang semula ke Australia.Sedih betul.Tapi tak mengapalah.
Masa darjah enam pula,aku masih belajar di kelas yang sama iaitu,6CARNATION.Masa itu,aku digelar sebagai "Big Bang Sakai" sebab sampai sekarang aku ketagih sangat dengan kumpulan BIG BANG.Tapi masa itu,aku dilamun cinta sekali lagi dengan Syuaidil.Masa itu aku ada bercinta dengan dia.Tapi putus cinta pula.Sedih juga.Tapi aku cuba nak habiskan masa bersama sebelum aku meninggalkan Port Dickson.Dan masa itu,buat pertama kalinya aku telah diterima hadiah sebuah lukisan masa hari jadi aku dulu.Aku tak nak cakap banyak cakap lagi tapi aku akan jujur.SAMPAI HARI INI AKU MASIH SUKAKAN SYUAIDIL!!!!!!Aku harap aku dapat jumpa Syuaidil lagi.Tapi,sampai sini sahajalah.Ada masa,aku tulis lagi.
Annyeong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan